PublicInvest unjur pendapatan MagniTech lemah pada 4QFY23 akibat jualan lemah | DagangNews Skip to main content

PublicInvest unjur pendapatan MagniTech lemah pada 4QFY23 akibat jualan lemah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mac - Public Investment Bank Research (PublicInvest) mengunjurkan MagniTech Industries Berhad mencatatkan pendapatan yang lemah pada 4QFY23 memandangkan 3QFY23 menjadi suku terkuat semasa musim sejuk kerana mengkhusus dalam pakaian sukan terdiri daripada jaket, seluar dan sut pemanas badan.

 

Firma itu juga menjangkakan permintaan pakaian sukan akan berkurangan dalam jangka masa terdekat memandangkan tekanan inflasi yang meningkat.

 

"Bagaimanapun kami berpendapat bahawa pembukaan semula ekonomi China akan membantu mengurangkan sebahagian kesan daripada keadaan makroekonomi yang mencabar," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, untung bersih kumpulan itu merosot sebanyak 23.1% kepada RM20.5 juta disebabkan oleh jualan yang lebih rendah yang dicatatkan daripada segmen pakaiannya.

 

Katanya, selepas pelaras untuk barangan bukan teras, keuntungan bersih teras kumpulan mencapai RM24.7 juta.

 

Katanya, untung bersih teras terkumpul 9MFY23 sebanyak RM72.8 juta secara amnya selaras dengan jangkaan, mencakupi 71% daripada anggaran tahun penuh.

 

"Walaupun pendapatan adalah selaras, kami melaraskan unjuran pendapatan kamiFY23-25 padd purata 7% atas permintaan jualan yang lebih rendah memandangkan persekitaran makroekonomi yang mencabar," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.25 sesaham. - DagangNews.com