KUALA LUMPUR 15 Feb – publiCT.io, syarikat pemula teknologi Perhubungan Awam (PR) terkemuka yang menyediakan rumusan PR menyeluruh mengumumkan pertumbuhan tahun ke tahun yang mengagumkan sebanyak 85% dalam tahun kewangan 2023.
Pencapaian penting ini menyerlahkan dedikasi syarikat terhadap inovasi, sekali gus memastikan kejayaan pelanggan, dan mengesahkan peranan pentingnya dalam membentuk laluan teknologi perhubungan awam.
Dalam tempoh ini, syarikat pemula berkenaan mengalami perkembangan pesat, mempertingkatkan aplikasi teknologi PR menerusi teknologi terkini yang dipacu AI termasuk ciri-ciri seperti siaran media yang dijana AI dan perkhidmatan "pay-as-you-go" yang secara konsisten menyerlah sebagai tarikan utama untuk pelanggan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhannya yang ketara.
"Kami berbangga untuk mengumumkan pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun yang kukuh sebanyak 84.5%, dan EBITDA positif sebanyak 11%, menunjukkan prestasi pasaran jitu dan daya tahan perniagaan kami.
“Kepakaran pasukan kami dan pelaburan meluas pelanggan yang didorong oleh hasil keputusan yang kami berikan, menjadi kunci kepada kejayaan ini," menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas publiCT.io, Manminder Kaur Dhillon.
Faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan syarikat adalah kelompok pelanggannya yang kian berkembang. Sepanjang tahun, syarikat berkenaan berjaya menggandakan pelanggan dan mempertingkatkan usaha dalam industri.
Satu daripada ciri-ciri utama platform tersebut ialah jaminan liputan editorial di laman berita utama untuk jenama dan menyediakan kandungan yang mempunyai nilai berita kepada rakan media.
Manminder menegaskan bahawa usaha memperkasakan jenama dengan pilihan laman berita menandakan satu anjakan baharu, dengan mengurangkan pelbagai cabaran dihadapi oleh profesional komunikasi.
“Pendekatan ini tidak hanya mempertingkatkan kawalan terhadap naratif jenama tetapi juga memperkemaskan proses untuk mencapai kehadiran media sasaran dan memberi impak.
“Pada masa sama, laman berita tetap memiliki kawalan editorial sepenuhnya, memilih kandungan yang sejajar dengan keperluannya dan memanfaatkan peluang menjana sumber kewangan apabila kandungan berkenaan dipilih untuk penerbitan,” jelas Manminder.
Beliau menjelaskan bahawa publiCT.io kini memperoleh apa yang digambarkan sebagai ‘pilihan sesuai’ dalam industri. Modelnya beroperasi secara lancar, mewujudkan penyelesaian menang-menang untuk kedua-dua pihak iaitu jenama dan laman berita; yang mana jenama mencapai pulangan pelaburan publisiti yang maksimum dan laman berita boleh menjana sumber kewangan secara efektif.
Dalam perancangannya untuk menjadi syarikat PR terkemuka yang menawarkan rumusan PR menyeluruh untuk jenama, Pengasas Bersama publiCT.io, Puspavathy Ramaloo menambah bahawa platform berkenaan terus memperluaskan rangkaian rakan media serantau dan globalnya.
"Inisiatif ini direka untuk menyediakan jenama dengan pilihan platform berita yang meluas untuk kandungan mereka, memastikan pulangan pelaburan yang optimum untuk kempen PR dan usaha komunikasi mereka, termasuk inisiatif ESG, komunikasi krisis, dan pelbagai lagi.
“Dedikasi publiCT.io untuk memudahkan hubungan yang saling menguntungkan di dalam industri mengetengahkan peranannya sebagai kuasa dinamik dalam landskap media dan komunikasi yang pesat berkembang,” tambah Puspavathy.
Dari segi penambahbaikan teknologi platform berkenaan, Manminder mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan ESGNewslytics.ai, satu platform berkuasa AI khusus untuk menyampaikan berita dan analisis berhubung Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menyeluruh bagi naratif komunikasi strategik ESG.
“ESGNewslytics.ai direka khusus untuk komunikator, pelabur, syarikat dan pembuat dasar dengan algoritma AI sebagai teras aplikasi. Aplikasi berkenaan akan dapat menganalisis sususan data yang meluas membabitkan berita berkaitan ESG, menyediakan syarikat dengan pemberitahuan masa nyata dan analisis berasaskan pesaing atau sektor yang memberi perhatian kepada tema ESG yang kritikal. Ini akan membolehkan perniagaan menyelaraskan strategi komunikasi mereka dengan trend terkini dan jangkaan pihak pemegang taruh dalam domain ESG,” kata Manminder.
Beliau menambah, “Di publiCT.io, kami berpegang teguh dengan mantra 'Data is King,' mengetengahkan haluan strategik yang mana AI dan analisis lanjutan membentuk asas kepada visi kami.
“Pendekatan ini meletakkan kami di barisan hadapan dalam penciptaan kandungan yang strategik, pemantauan dan analisis berita, membolehkan penghasilan naratif yang menarik dan berasaskan data untuk jenama dalam landskap berita yang pesat berkembang.”
Mengenai peluasan strategi dan pasaran di masa hadapan, Manminder menekankan laluan syarikat pemula berkenaan ke arah pertumbuhan pesat menerusi peluang pelaburan baharu yang strategik dan tumpuan jitu kepada pembangunan teknologi terkini.
Dengan memanfaatkan pelaburan ini dan memberi keutamaan pada inovasi dalam industri teknologi PR/media, syarikat berhasrat untuk meningkatkan penawarannya dan meluaskan jejaknya dalam pasaran serantau yang pesat membangun.
Sila layari www.publiCT.io untuk maklumat lanjut mengenai publiCT.io dan ESG Newslytics.ai - DagangNews.com