Pusat 3S Premium SISMA Auto Hub Sungai Besi kini dibuka, tawar kemudahan canggih | DagangNews Skip to main content

Pusat 3S Premium SISMA Auto Hub Sungai Besi kini dibuka, tawar kemudahan canggih

Pusat 3S SISMA Auto Hub Cawangan Sungai Besi terletak di lokasi strategik di ibu negara.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 8 Jan - SISMA Auto Hub menawarkan pengalaman Pusat 3S premium pelbagai jenama kepada pelanggan yang berhasrat membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah di cawangan terbaharu kumpulan automotif itu di Lebuhraya Sungai Besi, di sini.

 

Pusat 3S SISMA Auto Hub Cawangan Sungai Besi merupakan SISMA Auto Hub kedua yang dibuka selepas cawangan Glenmarie yang beroperasi pada Februari 2022.

 

Pengarah Urusan Kumpulan bagi SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, kumpulan automotif tersebut telah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan automotif premium selama lebih 25 tahun sebagai pengedar francais bagi Jaguar, Land Rover, Volvo dan BYD.

 

"Di SISMA Auto Hub, kami menawarkan pengalaman 3S premium bagi segala keperluan kereta mewah anda tanpa mengira dari mana asalnya. Sama ada anda ingin membeli, menjual atau mendapatkan servis untuk kereta mewah, anda boleh mendapatkan segala perkhidmatan tersebut di SISMA Auto Hub. 

 

"Kejayaan operasi cawangan Glenmarie menunjukkan terdapat permintaan tinggi terhadap perkhidmatan unik yang kami tawarkan. Kami berbesar hati kerana dapat membuka cawangan kedua SISMA Auto Hub di aras dua dan tiga Wisma SISMA Auto di Sungai Besi untuk memenuhi permintaan ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

sisma 2
SISMA Auto Hub mempunyai kelengkapan dan peralatan diagnostik terkini untuk menyelenggara semua jenama kereta buatan Eropah.

 

Menurut Syed Khalil, Pusat 3S premium baharu yang canggih ini dibina khas dengan saiz lebih luas dan kemudahan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian bertambah. 

 

Katanya, lokasi yang strategik di Lebuhraya Sungai Besi juga mampu memberikan akses mudah melalui beberapa lebuh raya sekali gus membolehkan SISMA Auto Hub Sungai Besi menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang besar di Lembah Klang. 

 

"Masukkan saja lokasinya di Waze dan saksikan sendiri betapa mudahnya untuk ke sana," kata beliau.

 

Terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, Pusat 3S SISMA Auto Hub beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10 pagi hingga 5 petang bagi Sabtu dan Ahad.

 

SISMA Auto Hub mempunyai kelengkapan dan peralatan diagnostik terkini untuk menyelenggara semua jenama kereta buatan Eropah selain merupakan pembaik panel bagi Warranty Smart, yang merupakan penyedia waranti kenderaan terkemuka.. - DagangNews.com