Qatar jadi negara pertama terima SUV Tinggo 8 Pro Max keluaran Cherry | DagangNews Skip to main content

Qatar jadi negara pertama terima SUV Tinggo 8 Pro Max keluaran Cherry

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Jun - Qatar menjadi negara pertama di Asia Barat menerima model kenderaan utiliti sukan (SUV) Tiggo 8 Pro Max keluaran Cherry International.

 

Chery berkata, kenderaan SUV tujuh tempat duduk itu dilengkapi dengan teknologi canggih, kelengkapan mewah selain tahap keselesaan serta keselamatan tinggi dan ia ditawarkan menerusi varian Comfort, Luxury dan Flagship.

 

Model berkenaan didatangkan dengan enjin 2.0 TDGI dengan transmisi tujuh kelajuan yang membolehkan kenderaan itu melakuakan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.

 

"Enjin 2.0 TGDI keluaran Chery itu merupakan satu daripada 10 Enjin Terbaik ‘China Heart’ 2021 kerana keseimbangannya antara kecekapan dan kuasa. 

 

"Dengan enjin ini, Tiggo 8 Pro Max mampu mencapai kecekapan bahan api serendah 7.0 liter setiap 100 km," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Tiggo 8 Pro Max juga dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) kawalan elektronik dengan enam mod pemanduan – economy, normal, sport, camping, skiing dan off-road – menyesuaikan kenderaan tersebut kepada pelbagai keadaan pemanduan dan permukaan. 

 

cherry

 

"Sistem AWD mampu memindahkan tork secara automatik kepada keempat-empat roda dalam masa 100 milisaat bagi memastikan pergerakan selamat dan stabil dalam keadaan mencabar," katanya.

 

Falsafah reka bentuk ‘Life in Motion 3.0’ Chery terserlah melalui gril hadapan geometric matrix diamond yang diilhamkan oleh galaksi, kemasan krom satin dan lampu belakang dengan gaya tersendiri, mencipta penampilan keseluruhan yang kemas, mewah serta mengagumkan.

 

cherry

 

Bahagian dalaman dilengkapi dengan skrin berkembar yang luas, panel kawalan iklim lapan-inci, sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara, arahan suara dan penapis udara kabin, di samping tempat duduk kulit. 

 

Turut tersedia adalah Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang merangkumi pelbagai fungsi termasuk Adaptive Cruise Control, Automatic Parking Assist, Lane Keep Assist dan Blind Spot Detection.

 

cherry

 

Selain Asia Barat, Tiggo 8 Pro Max akan turut dilancarkan di Brazil, Chile dan negara-negara lain di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. 

 

Setakat ini, Tiggo 8 Pro Max merupakan salah satu model Chery yang sedang dirancang untuk Malaysia. - DagangNews.com