QES Group berisiko hadapi gangguan rantaian bekalan - Mercury Securities | DagangNews Skip to main content

QES Group berisiko hadapi gangguan rantaian bekalan - Mercury Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 April - Mercury Securities menjangkakan QES Group Berhad akan berhadapan risiko gangguan rantaian bekalan bahan meskipun mempunyai prospek pertumbuhan menarik dalam industri semikonduktor.

 

Firma itu juga melihat, kumpulan itu juga akan berdepan aliran tempahan yang lebih perlahan berbanding jangkaan.

 

Pada masa sama, syarikat itu sudah menyiapkan proses ubah suai kilang baharunya di Hicom-Glenmarie dan kini beroperasi pada kapasiti 50%.

 

Kilang baharu itu mempunyai keluasan 81,000 kaki persegi, pertambahan daripada 39,000 kaki persegi dengan 35,000 kaki persegi disediakan untuk pembuatan dan pada masa sama, syarikat itu boleh meningkatkan kapasiti mesin daripada 50-80 ke 80-100 setahun.

 

"Kami menjangkakan kilang itu akan beroperasi sepenuhnya pada peghujung FY22.

 

"Mereka juga membina sebuah lagi kilang baharu di Batu Kawan untuk memanfaatkan bekalan yang terdapat di Pulau Pinang," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu memiliki lebih daripada 3,800 pelanggan di rantau ASEAN terutama dalam sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik dan automotif.

 

"Aliran tunai kumpulan ini juga adlaah daripada pelbagai sumber dengan setiap pelanggan menyumbanng tidak lebih daripada 10% untuk pendapat keseluruhan.

 

"Kumpulan ini juga merancang untuk mengembangkan perniagaan mereka di China dengan menggunakan QES Hong Kong," katanya.

 

Firma itu menyarankan 'beli' untuk QES Group dengan harga sasaran RM0.66 berdasarkan pendapatan sesaham (EPS) RM0.33 untuk FY23. - DagangNews.com