Ra Adria Mustaza dilantik pengerusi cawangan REHDA | DagangNews Skip to main content

Ra Adria Mustaza dilantik pengerusi cawangan REHDA

Ra Adrina Muztaza

PETALING JAYA 11 Jun - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) mengumumkan pelantikan Ra Adrina Muztaza dari Fairview Corp Sdn Bhd sebagai pengerusi cawangan dan Carrie Fong dari Hedgeford Sdn Bhd sebagai timbalan pengerusi cawangan.

 

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunan REHDA pada 9 Jun bagi jawatankuasa cawangannya untuk penggal 2022-2024.

 

“Dengan pelantikan saya ke jawatan baharu ini, saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan ahli jawatankuasa cawangan yang baru dilantik untuk memikul tanggungjawab membawa REHDA Wilayah Persekutuan ke tahap yang lebih tinggi dan meneruskan usaha menangani pelbagai cabaran industri yang dihadapi oleh sektor hartanah,” kata Ra Adrina dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

 

Pengerusi cawangan terdahulu Chan Kin Meng menekankan bahawa REHDA Wilayah Persekutuan akan menjadi cawangan pertama dalam sejarah persatuan itu yang diterajui oleh wanita.

 

 

carrie fong
                        Carrie Fong

 

 

“Buat pertama kali dalam 50 tahun sejarah kami, REHDA Wilayah Persekutuan akan menjadi cawangan pertama yang diterajui oleh dua pemaju wanita yang bersama-sama telah memberikan perkhidmatan lebih sedekad kepada ahli REHDA dan industri pembangunan hartanah di Malaysia.

 

“Setelah berkhidmat dengan kedua-dua rakan sekerja saya sejak mereka bermula di Pemuda REHDA, saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa masa depan persatuan kami adalah di tangan yang baik oleh ramai pemimpin yang berkebolehan dan bertanggungjawab yang datang melalui barisan,” kata Chan. - DagangNews.com