CYBERJAYA 23 Nov – Ramssol Group Berhad, penyedia penyelesaian Pengurusan Modal Insan (HCM) dan teknologi mencatat perolehan tiga ganda bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (Q3FY21) kepada RM21.91 juta berbanding RM7.71 juta pada Q2FY21.
Ramssol yang baharu sahaja disenaraikan di bursa pada 13 Julai 2021, belum memiliki angka perbandingan bagi suku bersamaan tahun lalu.
Bagi suku tahunan ini, syarikat mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.38 juta, peningkatan 117.91% daripada RM2.01 juta yang dicatat pada Q2FY21, manakala keuntungan selepas cukai menjadi berganda kepada RM4.38 juta berbansing RM1.99 juta pada Q2FY21.
Peningkatan perolehan dan keuntungan selepas cukai didorong terutamanya oleh projek berterusan serta peruntukan aplikasi teknologi HCM, dan rumusan pengurusan HCM dan pelajar untuk beberapa pelanggan baharu di Malaysia.
Berdasarkan segmen geografi bagi Q3FY21, Malaysia kekal sebagai penyumbang utama keseluruhan perolehan syarikat, iaitu 92.20% atau RM20.20 juta, diikuti Singapura 2.90% (RM0.64 juta) dan Indonesia 2.56% (RM0.56 juta).
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (“9M2021”), Ramssol mencatat perolehan sebanyak RM34.70 juta, manakala PBT dan PAT, masing-masingnya RM7.23 juta dan RM7.21 juta.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cllement Tan Chee Seng berkata, sementara ekonomi kini dibuka semula dengan kebanyakan sektor dan industri sudah dibenarkan kembali beroperasi, risiko COVID-19 masih ada.
Menurutnya, banyak perniagaan dan institusi pendidikan masih meneruskan bekerja atau belajar dari rumah.
‘’Kami percaya amalan sebegini akan kekal dan pendigitalan dipergiatkan di seluruh dunia untuk memenuhi perubahan trend bekerja ini. Trend-trend ini memanfaatkan syarikat,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Cllement berkata, baru-baru ini pihaknya menjalin kerjasama dengan firma AI iaitu Laiye dan Impiana Hotels Berhad bagi menyediakan latihan kemahiran berkaitan dengan perubahan landskap kerja.
Beliau berkata, usaha-usaha tersebut adalah seiring dengan laporan Masa Hadapan Ekonomi 2022 dan Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan yang memfokus kepada peningkatan kemahiran dan memahirkan semula tenaga kerja bagi memenuhi keperluan perniagaan di masa hadapan.
‘’Ramssol berada di kedudukan baik untuk memanfaatkan trend transformasi digital di dalam sumber manusia (HR) dan perniagaan.
“Kami akan terus memberi keutamaan untuk memperkenalkan rumusan teknologi HARI yang inovatif kepada para pelanggan dan kekal fokus sebagai satu daripada penyedia rumusan HCM utama dan pakar teknologi di Asia Tenggara,’’ kata Cllement. – DagangNews.com