Red Hat perkenal keupayaan pinggir rentas portfolio di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Red Hat perkenal keupayaan pinggir rentas portfolio di Malaysia

Red Hat turut mengumumkan ketersediaan Platform Automasi Red Hat Ansible pada Microsoft Azure

KUALA LUMPUR 4 Julai - Red Hat Inc, penyedia penyelesaian sumber terbuka terkemuka di dunia memperkenalkan keupayaan dan peningkatan baharu merentas portfolio berkenaan penyelesaian awan hibrid terbukanya di Malaysia.

 

Pengurus Besar Red Hat Rest Asia Tenggara (RoSEA), Albert Chai berkata, penyelesaian itu menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan seni bina pengkomputeran pinggir menerusi inisiatif Red Hat Edge.

 

“Ciri baharu dan corak yang disahkan merentasi teknologi awan hibrid terbuka Red Hat menekankan penggunaan pinggir merentasi industri boleh skala dan terurus dengan kawalan keselamatan yang lebih kukuh.

 

“Set yang  bercirikan dan berkeupayaan  pinggir  merentasi portfolio baharu  ini membantu pelanggan dan rakan kongsi menyesuaikan mereka dengan pengkomputeran pinggir dengan mengurangkan kerumitan, mempercepatkan penggunaan, meningkatkan keupayaan keselamatan dan meningkatkan keyakinan dalam menguruskan sistem secara konsisten daripada pusat data ke pinggir,” katanya dalam taklimat media di sini baru-baru ini.

 

Syarikat itu turut mengumumkan bahawa ekosistem sumber terbuka komersial terbesar industri teknologi maklumat kini menyokong Red Hat Enterprise Linux 9, versi terkini platform enterprise Linux terkemuka dunia.

 

Red Hat Enterprise Linux 9 bertindak sebagai platform biasa yang dipercayai bagi inovasi awan hibrid, membolehkan rakan kongsi membina dan menggunakan sebarang aplikasi merentasi persekitaran pinggir awan fizikal, peribadi dan awam untuk menyokong pelanggan dengan  lebih fleksibiliti, konsisten dan kebolehpercayaan.

 

 

Albert Chai
                        Albert Chai

 

 

Syarikat itu turut mengumumkan ketersediaan Platform Automasi Red Hat Ansible pada Microsoft Azure, menggandingkan peneraju industri automasi awan hibrid dengan kemudahan dan sokongan tawaran yang terurus, Bernama melaporkan.

 

Sementara itu, Pengurus Negara Red Hat Malaysia memaklumkan bahawa tiga penerima lesen bank digital -- yang diumumkan baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia sedang dalam perbincangan dengan syarikat untuk membangunkan rangka kerja perbankan digital mereka.

 

 

tammy tan
                       Tammy Tan

 

 

"Ia masih dalam fasa awal, kerana kebanyakan mereka masih dalam peringkat mereka bentuk, tetapi perbincangan telah bermula," katanya. - DagangNews.com