reNIKOLA terbit Sukuk Hijau bernilai RM390 juta yang diperakui Inisiatif Bon Iklim | DagangNews Skip to main content

reNIKOLA terbit Sukuk Hijau bernilai RM390 juta yang diperakui Inisiatif Bon Iklim

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE), reNIKOLA Holdings Sdn. Bhd. menerbitkan Sukuk Hijau bernilai RM390 juta yang diperakui oleh Inisiatif Bon Iklim.

 

Sukuk Hijau disahkan secara bebas oleh RAM Sustainability Sdn. Bhd. dan mematuhi Standard Bon Iklim dan Skim Syandard Bon Iklim dan pensijilan berasakan sains.

 

Inisiatif Bon Iklim ialah organisasi bebas antarabangsa bukan untung yang bekerja untuk menggerakkan pasaran kewangan bagi penyelesaian perubahan iklim.

 

Inisiatif Bon Iklim menjalankan analisis pasaran, penyelidikan dasar, pembangunan pasaran, menasihati kerajaan dan pengawal selia serta mentadbir Skim Pensijilan Bon Iklim global.

 

Pengarah Urusan reNIKOLA Boumhidi Adel berkata, pihaknya berbangga kerana berjaya menjadi penerbit Sukuk Hijau pertama di dunia yang mempunyai pensijilan Inisiatif Bon Iklim.

 

“Ini adalah Sukuk Hijau kedua reNIKOLA dalam tempoh tiga tahun dan menekankan keupayaan kumpulan untuk menggerakkan modal bagi projek hijau bagi memacu matlamat peralihan tenaga Malaysia ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RAM Sustainability Gladys Chua berkata, Sukuk Hijau oleh reNIKOLA ialah Sukuk Iklim Diperakui pertama oleh Inisiatif Bon Iklim di Malaysia dan dunia, menandakan satu kejayaan besar bagi negara ke arah menggalakkan lebih banyak aset hijau, sosial atau mampan pada masa hadapan.

 

"Kami berbesar hati untuk menyokong reNIKOLA sebagai pengesah yang diluluskan dalam transaksi penting ini dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ESG mereka," katanya.- DagangNews.com