Reservoir Link ambil alih SAG Renewable pada harga RM10.5 juta | DagangNews Skip to main content

Reservoir Link ambil alih SAG Renewable pada harga RM10.5 juta

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 14 Nov - Reservoir Link Energy Bhd (RLEB) memperoleh SAG Renewables Sdn Bhd (SAGR) dengan harga RM10.5 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, RLEB berkata anak syarikat milik penuhnya, Reservoir Link Renewable Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan SAG Green Tech Sdn Bhd untuk cadangan pemerolehan satu juta saham, mewakili kepentingan ekuiti 100% dalam SAGR.

 

RLEB berkata cadangan pengambilalihan itu mewakili peluang bagi kumpulan itu untuk mengembangkan aset penjana pendapatannya.

 

 

SAG Renewables Sdn Bhd

 

 

“Aset yang dikenal pasti telah dipasang di 13 tapak untuk sembilan pelanggan dan beroperasi sejak 2022.

 

“Ini membolehkan kami memanfaatkan aliran pendapatan yang mampan serta-merta selepas selesai pengambilalihan.

 

“Selain itu, pemerolehan itu akan menyumbang kepada cita-cita tenaga boleh diperbaharui kumpulan Reservoir Link mencapai puncak 100 megawatt menjelang 2025.” - DagangNews.com