RHB Investment 'neutral' terhadap sektor pembinaan, kejuruteraan selepas prestasi bercampur pada 4Q2021 | DagangNews Skip to main content

RHB Investment 'neutral' terhadap sektor pembinaan, kejuruteraan selepas prestasi bercampur pada 4Q2021

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - RHB Investment Bank Berhad kekal neutral terhadap sektor pembinaan dan kejuruteraan selepas ia mencatatkan prestasi bercampur pada 4Q2021.

 

Firma penyelidikan itu berkata, selain itu beberapa faktor lain turut memainkan peranan seperti peningkatan harga bahan mentah selain kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan yang menjejaskan hasil dalam sektor itu.

 

Secara umumnya, aktiviti di tapak pembinaan sudah kembali pada era pra-pandemik selaras dengan pembukaan sektor ekonomi bermula 4Q2021.

 

"Kos barang pembinaan untuk syarikat pembinaan meningkat dengan ketara dan membuatkan kami terpaksa men urunkan unjuran pendapatan untuk FY2022-23F sebanyak 8% hingga 9%.

 

"Pada masa sama, kami percaya aktiviti operasi sudah kembali normal sejak 4Q2021," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, tekanan yang dihadapai sektor pembinaan akan terus dirasainya akibat krisis geopolitik yag berlaku ketika ini dan tekanan terhadap kos pembinaan akan kekal sehingga kemelut itu selesai.

 

bina

 

Melihat kepada risiko kenaikan harga kos barang pembinaan, harga untuk besi mencatatkan penurunan kepada RM2,929 untuk satu tan pada Januari 2022 berbanding harga tertinggi RM3,255 pada Julai 2021.

 

Pada masa sama, berlaku kebimbangan terhadap penyambungan semula projek MRT3 termasuk kelewatan penyiapan pakej pembinaan selain kebimbangan kerajaan sama ada projek infrastruktur lain boleh diteruskan semula pada masa hadapan.

 

"Secara keseluruhan, kami percaya dengan pemangkin sokongan untuk menghadapi risiko jangka pendek yang disokong oleh tempahan yang tinggi serta kunci kira-kira yang seimbang," katanya. - DagangNews.com