RHB Investment unjur pertumbuhan pendapatan Datasonic berterusan sehingga FY25 didorong perkembangan margin positif | DagangNews Skip to main content

RHB Investment unjur pertumbuhan pendapatan Datasonic berterusan sehingga FY25 didorong perkembangan margin positif

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 31 Mac - RHB Investment mengunjurkan pertumbuhan pendapatan Datasonic Group Berhad berterusan sehingga FY25 didorong permintaan kukuh untuk semua produknya selain perkembangan margin positif.

 

Katanya, permintaan kukuh yang berterusan itu disumbangkan daripada pelarasan harga positif untuk lanjutan kontrak dan peningkatan untuk rumusan iKad.

 

Firma penyelidikan tu berkata, keadaan itu akan diperkuatkan lagi dengan permintaan tambahan bagi produk pintu masuk automatik, projek pasport asing serta pelbagai rumusan lain.

 

"Walaupun buku pesanan tertunggaknya kini berada pada paras terendah (kurang RM200 juta) berikutan tamatnya kontrak pada 31 Mei 2024, tetapi kami yakin kumpulan itu akan menerima sambungan kontrak bagi rumusan kad pengenalan dan pasport.

 

"Ia juga didorong rekod prestasi kukuh kumpulan tu dalam menyampaikan produk berkualiti tanpa gangguan, pada harga yang kompetitif," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Datasonic catat pendapatan tertinggi pada FY24 sebanyak RM368.3 juta dipacu permintaan pasport kukuh, kecekapan kos operasi

 

RHB Investment berkata, rekod pendapatan tertinggi Datasonic untuk FY24 melebihi jangkaan sumbangan lebih kukuh melebih jangkaan untuk rumusan pasport dan margin yang kukuh.

 

Katanya, pertumbuhan hasil yang kukuh disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk kedua-dua rumusan pasport dan kad pintar, ditambah dengan pelarasan purata harga jualannya (ASP).

 

"Pengembangan margin hasil daripada ASP yang lebih tinggi, skala ekonomi dan susut nilai yang lebih rendah menyokong hasil  yang lebih kukuh pertumbuhannya," katanya

 

Firma penyelidikan itu berkata, 4QFY24 merupakan suku terbaik dengan untung bersih teras meningkat kepada RM38.7 juta selaras dengan perkembangan pendapatan kumpulan sebanyak RM115.7 juta.

 

Katanya, hasil yang lebih kukuh dari suku tahun ke suku tahun adalah pada asas yang rendah, daripada daripada ketiadaan penghantaran MyKad selepas tamat kontrak dan margin yang lebih tinggi disebabkan oleh ASP yang lebih tinggi.

 

"Sementara itu, hasil daripada tahun ke tahun pula disokong oleh permintaan yang lebih kukuh untuk semua rumusan utamanya," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 64 sen sesaham. - DagangNews.com