RHB Investment unjur untung bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga meningkat pada CAGR 14% sehingga FY25 | DagangNews Skip to main content

RHB Investment unjur untung bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga meningkat pada CAGR 14% sehingga FY25

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Okt - RHB Investment mengunjurkan untung bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 14% sehingga FY25.

 

Katanya, keuntungan itu adalah hasil gabungan pulangan pelaburan yang mampan, nisbah tuntutan yang berkurangan dan kesan asas rendah.

 

Pulangan pelaburan meningkat dua kali ganda disebabkan ketiadaan kerugian ketara kepada pasaran, manakala kadar cukai berkesan yang lebih rendah meningkatkan lagi keuntungan.

 

"Kumpulan itu mencatatkan untungn bersih pada separuh pertama tahun ini sebanyak RM185.5 juta iaitu peningkatan sebanyak 30% dari tahun ke tahun.

 

"Walaupun hasil takaful meningkat dengan pertumbuhan kukuh sebanyak 18% ia terkesan oleh tuntutan yang lebih tinggi yang ditanggung dan perbelanjaan takaful semula yang lebih tinggi 

 

"Kumpulan itu bagaimanpun menduduki tempat pertama dan kedua dalam segmen takaful keluarga dan takaful am," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu memberi jaminan bahawa mereka akan menyemak semula harga produk bagi menggambarkan dengan lebih baik inflasi perubatan yang dialami oleh hospital dan klinik.

 

Katanya, tuntutan dari segi takaful am nampaknya telah stabil ke tahap pra pandemik.

 

"Pada masa hadapan, takaful am masih akan menjadi pemacu utama utama, kerana kumpulan itu terus dibebani oleh caruman yang lebih lemah daripada Lembaga Pembiayaan Rumah Sektor Awam (LPPSA), maklum balas daripada pihak pengurusan menunjukkan bahawa caruman akan pulih pada FY24," katanya.

 

RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.30 sesaham. - DagangNews.com