KUALA LUMPUR 22 Mac - RHB Research menjangkakan IOI Properties akan menjana aliran pendapatan baharu sehingga RM450 juta selepas Central Boulevard, Singapura siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
Firma penyelidkan itu berkata, pembinaan menara pejabat Grade A Green Mark Platinum juga dijangka siap pada 2023.
"Kami optimis dengan prospek penyewaan untuk aset seperti ruangan pejabat berkualiti yang sememangnya menjadi buruan selepas mengambil kira perkembangan sektor teknologi dan telekomunikasi dalam sejak beberapa tahun sebelum ini.
"Pengurusan juga memberi gambaran positif terhadap respon untuk sewaan sangat baik. Selepas mengambil kira kadar sewaan konsorvertif sekitar SG$10 (RM31) hingga SG$11 (RM34), Central Boulevard akan menjana keuntungan antaran RM350 juta ke RM450 juta setahun daripada hasil sewaan," katanya dalam satu nota kajian.
Perkara itu akan memberi asas pendapatan yang sangat baik kepada syarikat untuk meningkatkan kadar pembayaran dividen pada masa akan datang.
Firma penyelidikan itu berkata, IOI Properties juga abakl menerima manfaat daripada pembukaan semula ekonomi dengan pendapatan daripada pembangunan dan pelaburan hartanah akan kembali normal.
Katanya, syarikat itu juga memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia berhadapan situasi tidak menetu itu selepas mengambil kira kepelbagaian produk dan lokasi geografi serta sumbangan daripada pelaburan hartanah.
"Bagaimanapun, pengurusan dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tempoh masa pelancaran dengan mengambil kira kenaikan kos bahan pembuatan.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham IOI Properties pada harga sasaran (TP) tidak berubah RM1.38 sesaham," katanya. - DagangNews.com