RHB Research jangka projek Penambakan Selatan Pulau Pinang hanya akan diteruskan selepas 2H22 | DagangNews Skip to main content

RHB Research jangka projek Penambakan Selatan Pulau Pinang hanya akan diteruskan selepas 2H22

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Jun - RHB Research menjangkakan kerja-kerja tebus guna tanah untuk Fasa 1 di Pulau A bagi projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang akan dibangunkan Gamuda Berhad mengalami kelewatan dan hanya akan diteruskan selepas 2H22.

 

Firma itu berkata, Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini menyerahkan semula laporan penilaian kesan alam sekitar untuk pembangunan tiga pulau buatan di bawah projek PSR kepada Jabatan Alam Sekitar (DoE) pada Mac.

 

Katanya, keputusan DOE dijangka diketahui pada Ogos ini dengan kerja-kerja tebus guna tanah untuk Fasa 1 bagi Pulau A boleh meningkatkan temapahan kepada RM5 bilion kepada Gamuda Engineering.

 

"Inisiatif semasa yang dijalankan menerusi Pelan Pengurusan Impak Sosial oleh Kerajaan Pulau Pinang itu termasuk memberikan latihan kepada nelayan bagi mendapatkan sijil kompetensi dari Jabatan Laut untuk bekerja dengan selamat di laut

 

"Walaupun projek PSR mendapat perkembangan positif, risiko pelaksanaan masih berlarutan walaupun ia diluluskan, terutamanya apabila pilihan raya umum ke-15 mungkin diadakan seawal 2H22," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Firma itu berkata, projek kerjasama yang dibentuk antara Konsortium SRS yang diketuai Gamuda dan kerajaan negeri bagi melaksanakan pembangunan Pulau A termasuk penjualan tanah boleh memperoleh anggaran GPM sebanyak c.18% dalam tempoh enam tahun.

 

"Berita terkini menunjukkan bahawa kajian penilaian impak sosial terkini PSR telah merekodkan hampir 80% kadar kelulusan daripada lebih 700 responden tinjauan yang tinggal berhampiran projek yang dicadangkan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' untuk Gamuda dengan harga sasaran (TP) RM3.55 selain mengekalkan unjuran pendapatan bagi FY22F-24F. - DagangNews.com