RHB Research mulakan liputan terhadap KKB Engineering dengan saranan 'beli', TP RM1.85 | DagangNews Skip to main content

RHB Research mulakan liputan terhadap KKB Engineering dengan saranan 'beli', TP RM1.85

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Sept - RHB Research memulakan liputan terhadap KKB Engineering Berhad dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.85 berdasarkan 17x FY23 P/E, 29% peningkatan dan 4% hasil bagi FY23. 

 

Firma itu berkata, gandaannya ialah +0.5SD daripada min 3 tahun kumpulan itu.

 

"Kami percaya saranan itu wajar selepas mengambil kira pelbagai pemangkin untuk kumpulan itu dan mereka turut disokong oleh suntikan dana RM100 bilion ke dalam ekonomi Sarawak menjelang 2030.

 

"Suntikan dana itu dilihat mungkin menjadi sokongan kepada pelbagai projek pembangunan pada masa hadapan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Firma itu berkata, kumpulan itu berada di kedudukan yang baik untuk mendapatkan projek di Sarawak pada FY23 kerana disokong oleh kedudukan tunai bersihnya yang kukuh.

 

"Pendapatan bagi FY22 dijangka menyusut sebanyak 18% dari tahun ke tahun sebelum perkembangannya melonjak sebanyak 50% pada FY23.

 

"Kumpulan itu menggunakan dekanter bagi mengurangkan penggunaan bitumen sekurang-kurangnya 20%.

 

"Sistem Air Sisa Simennya (CWWS) akan mengumpulkan semua air simen di lokasi yang ditetapkan untuk dikeringkan sebelum dilupuskan sebagai tanah kering," katanya.

 

Firma itu berkata, keutamaan dalam keselamatan kerja juga ditunjukkan dalam rekod kerja kumpulan pada FY21. - DagangNews.com