RHB Research positif terhadap prospek Petronas Chemicals didorong pembukaan PIC | DagangNews Skip to main content

RHB Research positif terhadap prospek Petronas Chemicals didorong pembukaan PIC

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mei - RHB Research positif terhadap prospek pendapatan Petronas Chemicals Berhad selepas Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dijangka mula beroperasi pada Mei ini.

 

Firma itu berkata, pengeluar petrokimia itu berjaya mencatatkan pendapatan suku tahunan yang kukuh bagi 1QFY22.

 

Mereka juga menjangkakan purata harga jualan kumpulan itu akan meningkat sejajar dengan unjuran harga minyak mentah.

 

Firma itu berkata, kilang bersepadu di Pengerang itu dijangka beroperasi secara berperingkat dengan PIC akan mula beroperasi pada Mei.

 

"Pihak pengurusan menyasarkan loji itu untuk mencapai kadar penggunaan antara 50% hingga 60% pada 2H22 dan seterusnya beroperasi pada tahap optimum sebanyak 90% pada 2023.

 

"Kami percaya, kilang itu akan merekodkan kerugian minimum pada 2H22 pada peringkat awal operasi," katanta dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menjangkakan, produk petrokimia akan kekal pada paras tertinggi akibat ketidaktentuan situasi geopolitik selain harga gas yang tinggi.

 

Sebagai tambahan, mereka menjagkakan pengambilalihan Perstop pada harga RM7 bilion akan membolehkan kumpulan itu mengukuhkan portfolio petrokiminaya dan bahan kimia khusus.

 

Terdahulu, Petronas Chemicals merekodkan pendapatan teras sebanyak RM2 bilion selepas mengambil kira kadar tukaran wang asing sebanyak RM30 juta dan RM21 juta daripada inventori. 

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk Petronas Chemicals dengan harga sasaran (TP) RM12.21. - DagangNews.com