RHB Research unjur TIV lemah pada 2H22 akibat pengenalan semula SST | DagangNews Skip to main content

RHB Research unjur TIV lemah pada 2H22 akibat pengenalan semula SST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Mac - RHB Research mengunjurkan jualan kenderaan atau jumlah keseluruhan industri (TIV) akan lemah pada 2H22 akibat pebgenalan semula cukai jualan (SST) terutamanya pada bermula Julai 2022.

 

Firma penyelidikan itu fihamkan bahawa terdapat sesetengah penggiat industri sedang melobi untuk menyambung pengeculian SST bagaimanapun, kami menjangkakan ia tidak akan disambung lagi.

 

Katanya, keputusan itu menyaksikan pemain industri terpaksa menyerap tekanan SST itu atau memperkenalkan promosi baharu dalam usaha meningkatkan jualan yang akan memberi kesan kepada margin keuntungan.

 

"Selain itu, peningkatan harga bahan mentah akan menjadikan harga kenderaan lebih mahal dan jumlah jualan akan menurun.

 

"Sekiranya pengedar tidak menyerap tekanan kos itu, mereka juga akan berdepan tekanan terhadap margin keuntungan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, TIV bulan Mac mencatatkan peningkatan 7.7% berbanding bulan ke bulan dan peningkatan itu disumbangkan Proton (+109%) dan Honda (+56%) manakala Toyota dan Lexus mencatatkan penurunan sebanyak 15% akibat penurunan 13% dari segi pembuatan.

 

Katanya, jumlah pengeluaran industri juga meningkat 19% berbanding bulan ke bulan dan 13% dari tahun ke tahun.

 

"Pemulihan itu diketuai oleh Proton yang didorong oelh pemulihan pasca banjir dalam pengeluaran model Saga dan Exora di Shah Alam.

 

"Perodua juga mengalami pemulihan yang positif didorong oleh pengeluaran model Axia dan Bezza," katanya.

 

Dalam pada itu, firma penyelidikan itu mengekalkan jangkaan TIV sebanyak 540,000 dengan jangkaan 2H22 akan terus melemah berbanding 1H22.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor automotif  selepas mengambil kira risiko yang bakal dihadapi pada 2H22," katanya. - DagangNews.com