RHB Research yakin peningkatan adex jadi pemangkin pemulihan pendapatan Astro | DagangNews Skip to main content

RHB Research yakin peningkatan adex jadi pemangkin pemulihan pendapatan Astro

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mac - RHB Research yakin peningkatan pebelanjaan iklan (adex) akan menjadi pemangkin kepada pemulihan pendapatan Astro Malaysia Holding berhad untuk 4QFY22.

 

Katanya, pendapatan kukuh pada 4QFY22 didorong oleh kebangkitan jualan iklan (berbanding kejatuhan pada 3QFY22 akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0) dan peningkatan pelan langganan baharu yang diumumkan November lalu.

 

"Kebangkitan sebanyak 27% daripada suku ke suku untuk adex 4QFY22 menggambarkan peningkatan yang kukuh dari segi jualan Astro menerusi penyambungan semula aktiviti penajaan di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

 

"Pelancaran penyelesaian pengiklanan holistik pada Disember lalu menyaksikan kumpulan itu mendapat manfaat kewangan daripada inventori iklan merentasi semua platform," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Mengulas mengenai pakej langgan baharu Astro, firma penyelidikan berkata, masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pakej itu terhadap kewangan kumpulan kerana kebanyak rancangan yang ditawarkan adalah menarik.

 

Katanya, pelanngan dihidangkan dengan kangdungan yang lebih menarik dan lebih bernilai melalui penggabungan Netflix dan Disney+Hotstar selain lebih fleksibiliti yang diberikan pada tawaran pakej. 

 

Secara keseluruhan, pelanggan akan menerima pengalaman yang lebih baik menerusi kandungan hebat selain pembanyaran bil yang disatukan.

 

"Kami melihat, pendapatan menerusi langganan TV adalah stabil untuk jangka sederhana dengan tambah nilai untuk pakej yang ditawarkan," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' untuk saham Astro dengan harga sasaran TP RM1.30. - DagangNews.com