RichWorks mahu bekerjasama dengan kerajaan bimbing usahawan pada skala besar | DagangNews Skip to main content

RichWorks mahu bekerjasama dengan kerajaan bimbing usahawan pada skala besar

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Okt - RichWorks International Sdn. Bhd. berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing pada masa hadapan.

 

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kepakaran untuk membimbing lebih ramai usahawan seperti mana yang sedang dilaksanakan mereka bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Beliau berkata, usaha itu boleh dilakukan pada skala yang lebih besar kerana kerajaan memiliki data yang diperlukan.

 

"Seandainya diberikan peluang untuk bekerjasama, saya bersedia untuk untuk membantu kerana kami di RichWorks memiliki ramai mentor yang boleh memberikan bimbingan yang diperlukan oleh usahawan untuk menjadi lebih maju.

 

"Perkara ini kami sedang laksanakan di Indonesia dan kalau di negara jiran kami boleh lakukan kenapa tidak lakukannya di Malaysia.

 

"Kerajaan Indonesia meminta kami untuk membantu seramai 18 juta usahawan di sana yang kebanyakannya terdiri dari kalangan usahawan fesyen serta makanan dan minuman," katanya selepas Majlis Konvokesyen Asia e University (AeU) di Pusata Dagangan Dunia (WTC) di sini.

 

zizan

 

Pada majlis tersebut beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan selepas menyempurnakan tesis bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia.

 

Pada masa sama, Azizan berhasrat untuk menjadikan RichWorks sebagai sebuah akademi yang menyediakan ekosistem lengkap bagi membantu usahawan dalam semua aspek termasuk pengurusan, pemasaran serta bantuan kewangan.

 

zizan

 

Beliau berkata, rancangan itu sedang giat dilaksanakan dan ia merupakan sebahagian daripada Visi 2035.

 

"Kami mahu jadikan RichWork sebagai akademi serba lengkap yang boleh membimbing usahawan dan memberi penyelesaian terhadap sebarang permasalahan berkaitan usahawan," katanya. - DagangNews.com