Ringgit dibuka tidak berubah | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tidak berubah

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Ringgit pagi ini dibuka tidak berubah daripada penutupan semalam, pada RM4.1330/1370 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

Semalam mata wang itu ditutup pada RM4.1330/1380. 

AmBank Research berkata, ringgit dijangka diniagakan pada paras sokongan antara RM4.1179 dan RM4.1246 manakala paras rintangan antara RM4.1363 dan RM4.1421. 

Berbanding mata wang lain, ringgit menyusut 0.08% kepada RM4.874 berbanding euro dan menokok0.62% kepada RM5.453 berbanding pound. 

Bagi mata wang serantau ringgit menokok 0.03% kepada RM3.063 berbanding dolar Singapura. 

"Dolar AS pula menyusut 0.08% kepada 92.965, daripada paras tertinggi seminggu apabila pelabur masih membuat pertimbangan mengenai vaksin COVID-19 yang mungkin tidak dapat mencedah wabak itu ketika musim sejuk di AS susulan gelombang baharu jangkitan," katanya dalam nota kajian hari ini. 

Harga minyak mentah pula meraih keuntungan buat hari keempat, Brent susut 0.62% kepada AS$43.53 setong manakala West Texas Intermediate turun 0.8% kepada AS$41.12 setong. 

"Ini disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang masih menghambat pertumbuhan ekonomi global dan juga jangkaan peningkat stok minyak mentah AS," katanya. 

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS menunjukkan inventori meningkat sehingga 4.28 juta tong setiap hari bagi minggu berakhir 6 November lalu manakala bekalan dikurangkan 8 juta tong setiap hari bagi minggu sebelumnya. - DagangNews.com