Ringgit dibuka tinggi, dolar AS lemah | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi, dolar AS lemah

 

 

KUALA LUMPUR 6 April - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kelemahan mata wang utama itu sejajar penurunan hasil perbendaharaan AS. 

 

Pagi ini, ringgit dibuka pada RM4.1330/1370, lebih tinggi daripada penutupan semalam, pada RM4.1400/1450. 

 

HLIB Research dalam nota kajian berkata, hasil perbendaharaan susut antara 1 hingga 5.5 mata asas selepas bergerak lebih tinggi pada Jumaat. 

 

Hasil bagi penanda aras perbendaharaan 10 tahun ditutup 2 mata asas lebih rendah pada 1.7% sekali gus melemahkan dolar AS. 
 

"Kami meletakkan pandangan neutral kepada lemah bagi dagangan dolar AS/ringgit hari ini susulan sentimen kekuatan dolar AS yang lemah. 

 

"Ini akan menyaksikan dagangan bagi dolar AS/ringgit minggu ini dalam julat antara RM4.13 hingga RM4.17," katanya. 

 

Harga minyak mentah juga merosot apabila meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan global apabila OPEC+ memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran di tengah-tengah pemulihan yang lambat di negara-negara Eropah. 

 

Brent susut 4.2% kepada AS$62.15 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) jatuh 4.6% kepada AS$58.65 setong. - DagangNews.com