Ringgit jatuh: Industri penternakan terus berdepan cabaran di sebalik penurunan harga dedak - Lay Hong | DagangNews Skip to main content

Ringgit jatuh: Industri penternakan terus berdepan cabaran di sebalik penurunan harga dedak - Lay Hong

Penyusutan nilai ringgit kepada RM4.80 untuk 1 dolar Amerika Syarikat (AS$) menjadikan industri penternakan ayam di Malaysia kekal mencabar./Gambar hiasan FB Lay Hong
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 26 Feb - Kos makanan ternakan yang melambung suatu masa dahulu telah turun ketika ini namun penyusutan nilai ringgit kepada RM4.80 untuk 1 dolar Amerika Syarikat (AS$) menjadikan industri penternakan ayam di Malaysia kekal mencabar, kata Lay Hong Berhad.

 

Bagaimanapun, syarikat pengeluar telur itu yang mencatatkan keuntungan bersih RM54.91 juta berbanding RM6.96 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24) kekal positif mampu mencatatkan keuntungan.

 

Ini disebabkan mereka mempunyai kepelbagaian perniagaan termasuk pembuatan produk proses dan pengeluaran telur cair.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, peningkatan jumlah untung bersih pada suku tersebut adalah hampir lapan kali ganda setelah mengambil kira subsidi yang diterima daripada kerajaan.

 

 

Hasil bagi suku tahun berakhir 31 Disember 2023 itu pula bagaimanapun rendah sedikit sebanyak RM266.7 juta daripada RM267.16 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Berbanding suku sebelumnya berakhir 30 September 2023 pula, Kumpulan mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 866.72% atau RM69.5 juta (sebelum cukai) daripada RM7.75 juta, termasuk subsidi yang diterima daripada kerajaan.

 

telu
Lay Hong  Berhad merupakan pengeluar telur dan pelbagai produk berkaitan di bawah jenama NutriPlus.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Inflasi Jan 2024 kekal 1.5% namun harga daging mula naik, beras import melambung 9.6%

 

Kata Kumpulan itu, hasil bagi segmen penternakan bersepadu (ILF) turun sebanyak RM70.67 juta (24.38%) daripada RM289.92 juta kepada RM219.25 juta disebabkan oleh jualan yang lebih rendah disebabkan penyusutan pengeluaran telur.

 

"Hasil bagi segmen pembuatan makanan (FM) mencatatkan peningkatan sebanyakRM102.48 juta (284%) daripada RM36.06 juta kepada RM138.54 juta disebabkan peningkatan dalam kuantiti jualan produk utama ayam yang diproses.

 

"Hasil bagi perniagaan runcit (RB) menurun sebanyak 13.43% atau RM8.77 juta daripada RM65.34 juta kepada RM56.56 juta disebabkan kuantiti jualan yang lebih rendah," jelasnya.

 

Bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 31 Disember 2023 (9MFY2024), Lay Hong melaporkan lonjakan empat kali ganda dalam keuntungan bersih kepada RM62.95 juta, daripada RM14.95 juta setahun sebelumnya. 

 

Hasil bagaimanapun susut 4% kepada RM768.73 juta, daripada RM800.47 juta sebelumnya.

 

Lay Hong  Berhad merupakan pengeluar telur dan pelbagai produk berkaitan di bawah jenama NutriPlus. - DagangNews.com