Ringgit kembali mengukuh pagi ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit kembali mengukuh pagi ini


 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Ringgit pagi ini dibuka pada RM4.0680/0730 berbanding dolar Amerika Syarikat. 

 

Semalam mata wang itu ditutup pada RM4.0700/0740.

 

HLIB Research berkata, nilai ringgit semalam mencerminkan kesan kepada pasaran selepas Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia, 4 Disember lalu. 

 

 

Katanya, dolar/ringgit itu diniagakan dengan perbezaan sehingga 200 mata peratus dengan jajaran antara RM4.0630 dan RM4.0755. 

 

"Kami mengekalkan pandangan neutral ke atas dolar/ringgit hari ini, dan dalam masa sama, dolar AS mungkin kembali meningkat," katanya dalam nota kajian hari ini. 

 

Sementara itu, AmBank Research menjangkakan ringgit diniagakan pada paras sokongan antara RM4.0586 dan RM4.0658 manakala paras rintangan pada RM4.0781 dan RM4.0854. - DagangNews.com