Ringgit lemah berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit lemah berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ringgit dibuka lemah dalam dagangan pagi ini pada RM4.0520/0580 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

HLIB Research berkata, ringgit dijangka diniagakan neutral berbanding dolar AS memandangkan kurang pemangkin di peringkat domestik. 

 

Malah, katanya, eksport data juga tidak banyak mempengaruhi nilai dolar AS/ringgit. 

 

"Kami menjangkakan ringgit diniagakan pada julat antara RM4.0250 hingga RM4.0600 manakala dolar AS pula akan terus menyaksikan prestasi yang bercampur-campur," katanya dalam nota kajian. 

 

Semalam, ringgit ditutup tinggi pada RM4.0380/0410 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu, pada RM4.0400/0450 susulan kenaikan harga minyak dan mata wang negara maju itu mengalami kelemahan.

 

Permintaan terhadap minyak semakin mendapat momentum berikutan sentimen optimis terhadap pembukaan semula perjalanan udara susulan daripada program vaksinasi COVID-19 dilaksanakan di peringkat global. - DagangNews.com