KUALA LUMPUR 12 April - Ringgit dibuka tidak berubah dalam dagangan pagi ini pada RM4.1330/1380 berbanding dolar AS, daripada penutupan Jumaat, RM4.1330/1370.
Ini akan menyaksikan dagangan dolar AS/ringgit adalah neutral atau sedikit lemah sepanjang minggu ini, menurut HLIB Research dalam nota kajian hari ini.
Malah, katanya, pergerakannya juga dilihat semakin menurun apabila kelemahan dolar AS semakin meningkat yang akan menyaksikan ringgit boleh melepasi paras RM4.12.
"Paras sokongan adalah sekitar RM4.1180 manakala paras rintangan pula adalah RM4.1400.
"Tetapi, risiko bagi pandangan kami akan diperbaharui sekiranya dolar AS mengukuh yang mungkin akan mengehadkan dagangan pada RM4.12 hingga RM4.15," katanya.
Bagi minggu berakhir 9 April, ringgit mengukuh 0.1% kepada RM4.134 berbanding dolar AS daripada RM4.140 bagi minggu sebelumnya.
Jumaat lalu, dolar AS mengukuh selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell mengeluarkan kenyataan menyakinkan bahawa ekonomi akan mencatat pertumbuhan lebih kukuh, di sebalik ancaman pandemik COVID-19. - DagangNews.com