Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain, kata AmBank Research | DagangNews Skip to main content

Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain, kata AmBank Research

RINGGIT

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Ringgit terus mengukuh di semua peringkat berbanding mata wang utama lain yang didagangkan hari ini.

AmBank Research dalam nota kajiannya menyatakan, ringgit naik 1.03% kepada 4.975 berbanding mata wang Euro (EUR).

Prestasi tersebut didorong kejatuhan mata wang Euro sebanyak 0.14% kepada 1.176 ekoran pengukuhan dolar sekali gus menjejaskan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkilangan di Kesatuan Eropah (EU) pada Julai lalu.

"Ringgit juga naik 0.57% kepada 5.533 berbanding Pound Sterling (GBP) dan melonjak 1.27% kepada 3.010 berbanding Dolar Australia (AUD).

"Selain itu, ringgit turut meningkat berbanding mata wang Cina Yuan (CNY) sebanyak 0.52% kepada 1.654," jelas AmBank Research.

Nilai ringgit juga lebih kukuh berbanding mata wang Yen Jepun (JPY) pada kadar 0.53% kepada 3.983.

Dalam pada itu, ringgit ditutup lebih kukuh di peringkat wilayah berbanding Dolar Singapura (SDG) pada kadar 0.62% kepada 3.072.

Selain SDG, ringgit juga mengatasi mata wang Bath Thailand (THB) sebanyak 0.20% hingga 7.388.

"Ringgit turut mengatasi mata wang Rupiah Indonesia (IDR) dan mata wang Peso Filipina (PHP)  dengan masing-masing pada kadar 0.01% kepada 3.466 dan 0.53% kepada 11.63.

"Sementara itu, ringgit juga lebih kukuh berbanding mata wang Viet Nam Dong (VND), meningkat 0.34% kepada 5.483," kata AmBank Research.

Dalam nota kajian yang sama, AmBank Research turut menjangkakan ringgit akan didagangkan antara 4.2129 hingga 4.2176. - DagangNews.com