Ringgit mulakan dagangan minggu ini lebih tinggi | DagangNews Skip to main content

Ringgit mulakan dagangan minggu ini lebih tinggi

 

 

KUALA LUMPUR 26 April - Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan awal minggu ini pada RM4.1020/1070 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

 

Pada Jumaat, ringgit ditutup pada RM4.1080/1130.

 

HLIB Research berkata, ringgit dijangka lebih neutral minggu ini dan terdapat ruang untuk terus mengukuh dengan paras sokongan pada RM4.10 berbanding dolar AS. 

 

Katanya, hasil perbendaharaan AS turut meningkat sedikit tetapi tidak menjejaskan kelemahan mata wang utama itu.

 

"Minggu lalu, ringgit mengukuh 0.4% berbanding dolar AS. Bagi minggu ini, kami menjangkakan ringgit akan berlegar dalam julat antara RM4.10 hingga RM4.13," katanya dalam nota kajian hari ini. - DagangNews.com