Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$110.9 bilion

 

KUALA LUMPUR 8 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat daripada AS$110.6 bilion pada 12 Mei kepada AS$110.9 bilion setakat 31 Mei 2021. 

 

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Berdasarkan lampiran yang disertakan dalam kenyataan itu, rizab mata wang asing mencatatkan nilai tertinggi dalam komponen utama rizab antarabangsa iaitu AS$103.2 bilion.

 

Kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa pula pada nilai (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

 

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain termasuk SDR bernilai RM460.65  bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.86 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.69 bilion). 

 

Dalam pada itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM177.10  bilion), mata wang dalam edaran (RM142.77  bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.50  bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.95  bilion), lain-lain deposit (RM11.44  bilion), kertas Bank Negara (RM10.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.37 bilion). - DagangNews.com