Rizab BNM setakat 30 April berjumlah AS$110.8 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM setakat 30 April berjumlah AS$110.8 bilion

 

 


KUALA LUMPUR 7 Mei - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sebanyak AS$110.8 bilion setakat 30 April 2021. 

 

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

 

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM459.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.42 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM15.99 bilion).

 

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM175.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.69  billion), deposit lain (RM15.20  bilion), kertas Bank Negara (RM9.49 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti lain (RM5.73 bilion). - DagangNews.com