RON95 & RON97 turun 5 sen | DagangNews Skip to main content

RON95 & RON97 turun 5 sen

Harga minyak

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing menurun sebanyak lima sen seliter kepada RM1.66 dan RM1.96.

Kementerian Kewangan memberitahu, penurunan harga tersebut berkuat kuasa pada tengah malam ini hingga 18 September 2020.

"Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM1.96 seliter.

"Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak lima sen iaitu daripada RM1.71 seliter kepada Rm1.66 seliter

"Manakala harga runcit diesel turun sebanyak enam sen seliter daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kementerian itu, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang berterusan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - DagangNews.com