KUALA LUMPUR 6 Mei - Dalam kesibukan pulang ke kampung halaman dan meraikan Aidilfitri, jenama penjagaan kulit SAFI menambah kemeriahan menerusi pelancaran video Youtube Safi Raya Kau Hijau 2.0 yang mencuit hati dengan gelagat Anggun seisi keluarga.
Menurut Pengurus Kanan Produk SAFI, Kazlina Mohd Kassim, video yang dibarisi pelakon popular tanah air berkenaan memaparkan pelbagai kisah menghiburkan dalam kemeriahan suasana sambutan Aidilfitri di kampung halaman.
"Lebih menambah keceriaan apabila Syawal keluarga ini diserikan dengan aksi lucu Skuad SOP serta majlis menyunting si pujaan hati berlatarkan suasana kehijauan penuh berseri.
"Untuk mengetahui kisah lucu tiga generasi ini, video singkat berdurasi lima minit berkenaan boleh ditonton di https://www.youtube.com/watchv=D3KdF2LIM2s&t=1s," katanya dalam satu kenyataan.
Kazlina berkata, pengguna produk Safi disediakan hadiah percuma menarik sebagai persiapan tampil menawan sepanjang sambutan Aidilfitri.
"Bagi pembelian produk Safi bernilai RM20 dan ke atas, pembeli boleh mendapatkan Safi Youth Gold Lifting 24K Gold Essence 15ml atau syampu Safi Shayla (Assorted) 160g secara percuma di pasar raya berhampiran anda.
"Pembelian produk Safi bernilai RM40 dan ke atas pula membolehkan pengguna membawa pulang Safi Pinggan Khat Raya eksklusif secara percuma.
"Pinggan khat berhias cantik yang boleh dijadikan koleksi menawan ini didatangkan dalam tiga corak berbeza,” katanya.
Katanya, Safi turut menyediakan pelbagai peraduan menarik menerusi pembelian produk Safi di cawangan farmasi diseluruh negara seperti Guardian dan Watsons.
Rangkaian produk Safi boleh didapati di pasar raya utama berhampiran, cawangan Watsons atau laman e-dagang, www.watsons.com.my, cawangan Guardian atau www.guardian.com.my dan juga laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada. - DagangNews.com