Saham AGX dibuka 41 sen di Pasaran ACE, naik 6 sen atau 17% daripada harga IPO | DagangNews Skip to main content

Saham AGX dibuka 41 sen di Pasaran ACE, naik 6 sen atau 17% daripada harga IPO

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 7 Feb - Penyedia penghantaran barang dan logistik aeroangkasa, AGX Group Bhd membuat penampilan sulung yang menarik di Pasaran ACE dengan dibuka pada 41 sen, naik enam sen atau 17.14% daripada harga IPOnya 35 sen, dengan volum pembukaan 6.87 juta saham.

 

Pada 41 sen sesaham, kumpulan itu dinilai pada kira-kira 13.10 kali nisbah harga pendapatan berdasarkan keuntungan bersih RM13.54 juta dan pendapatan asas sesaham sebanyak 3.13 sen untuk FY2022.

 

Permodalan pasarannya berjumlah RM177.48 juta berdasarkan modal saham 432.87 juta.

 

Syarikat itu menyaksikan terlebih langganan sebanyak 15.43 kali untuk IPOnya dan berjaya mengumpul RM33.78 juta dalam hasil pada 35 sen sesaham.


 

agx

 


AGX telah menerima pakai dasar dividen sekurang-kurangnya 30.0% daripada keuntungan tahunannya yang boleh diagihkan kepada pemegang saham.

 

Bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023 (9MFY2023), syarikat itu melaporkan keuntungan bersih RM9.16 juta di sebalik pendapatan sebanyak RM138.16 juta.

 

TA Securities Holdings Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk penyenaraian ini. - DagangNews.com