Saham Nestle tercorot, Serba Dinamik masih jadi tumpuan | DagangNews Skip to main content

Saham Nestle tercorot, Serba Dinamik masih jadi tumpuan

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) masih lagi menjadi saham yang paling aktif didagangkan, melonjak sebanyak 5.15% atau 0.025 sen kepada 0.510 sen selepas pasaran ditutup petang ini. 

 

Syarikat mengakhiri dagangan hari ini dengan nilai pasaran RM1.901 bilion dan jumlah saham RM3.727.

 

Kaunter rugi sebaliknya ‘diungguli’ oleh syarikat makanan dan minuman (F&B), Nestle (Malaysia) Berhad yang menyusut 0.60% atau 0.800sen kepada RM133. 

 

Ini diikuti oleh Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI) dan ViTrox Corporation Berhad. 

 

Saham MPI menyusut 0.540 sen kepada RM39.02 dengan 154,200 jumlah saham didagangkan. 

 

ViTrox sebaliknya menyusut 0.240 sen kepada RM14.96 pada petang ini, dengan permodalan pasaran sebanyak RM7.064 bilion. 

 

Kaunter untung pula terus diungguli saham Genetec Technology Berhad yang ‘menyambung’ momentum semalam, melonjak 10.46% kepada RM15.42. 

 

Ini menyaksikan permodalan pasaran RM776.17 juta dan 50.34 juta jumlah saham.

 

Turut berada dalam kaunter untung termasuklah Hengyuan Refining Company Berhad yang menokok 7.56% kepada RM4.84 diikuti Petronas Dagangan Berhad, naik 1.84% kepada RM18.84.

 

Secara keseluruhannya, pasaran ditutup hampir tidak berubah dengan indeks utama FBM KLCI susut 0.05% kepada 1,531.63 mata. - DagangNews.com