Saham Supermax dan Hartalega merudum diikuti pengeluar sarung tangan lain  | DagangNews Skip to main content

Saham Supermax dan Hartalega merudum diikuti pengeluar sarung tangan lain 

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Saham Supermax Corporation Berhad dan Hartalega Holdings Berhad menurun lebih banyak berbanding syarikat lain dalam pasaran saham pengeluar sarung tangan.

Menurut theedgemarkets, setakat 9.52 pagi, saham Supermax turun sebanyak 6.28% atau 47 sen kepada RM7.01.

Kaunter pasaran sarung tangan menyaksikan penurunan sebanyak 8.96% kepada RM6.81. Sebanyak 18.21 juta saham didagangkan. 

Penurunan saham itu diikuti Hartalega yang merosot sebanyak 5.38% kepada RM12.30 sesaham. 

Sebanyak 3.08 juta saham Hartalega yang didagangkan. 

Dalam pada itu, bagi Kossan Rubber Industries Berhad pula, saham syarikat itu jatuh sebanyak 5.1% kepada RM10.40.

Sementara itu, saham syarikat pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad pula turun 1.68% atau 12 sen kepada RM7.03 sesaham 

Ini menjadikan nilai sahamnya berjumlah kira-kira RM57.18 juta. 

Sebanyak 32.29 juta saham Top Glove didagangkan. 

Selain saham pengeluar utama, pemain industri kecil lain turut mengalami situasi sama. 

Ini termasuklah Comfort Gloves Berhad yang mencatatkan penurunan sebanyak 2.11% atau 8 sen kepada RM3.72 sesaham.  - DagangNews.com