KUALA LUMPUR 17 Dis - Salcon Engineering Bhd. memperoleh kontrak pembentungan bernilai RM19.73 juta untuk projek pembangunan bercampur di Kuala Lumpur.
Ia membabitkan cadangan Pembinaan Rangkaian Pembetung Bersepadu (berjumlah 31,449pe) di atas Lot 4719, 80916 (sebelumnya Lot 4722), Lot 32661 dan Lot 54833, Jalan Segambut, Mukim Batu.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Salcon berkata, anak syarikat 60% pegangannya, Envitech Sdn. Bhd. menerusi surat anugerah daripada Jacobs Engineering Services Sdn. Bhd. bagi pihak 368 Segambut Sdn. Bhd. dan JKG Central Park Sdn. Bhd.
"Kontrak ini adalah bagi tempoh selama 20 bulan bermula daripada tarikh pelaksanaan 20 Disember hingga 19 Ogos 2023," katanya.
Menurutnya, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023.
"Projek ini tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan saham utama syarikat," tambahnya. - DagangNews.com