Samsung Galaxy Z Fold2 5G kini RM1,000 lebih murah | DagangNews Skip to main content

Samsung Galaxy Z Fold2 5G kini RM1,000 lebih murah

Samsung Galaxy Z Fold2 5G

KUALA LUMPUR 13 April - Model terbaharu Samsung dalam kategori telefon lipat, Galaxy Z Fold2 5G kini dijual RM1,000 lebih murah berbanding harga awal pelancarannya.

 

Samsung Malaysia dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini memberitahu, peranti berkenaan ditawarkan pada harga RM6,999 berbanding RM7,999 sebelumnya.

 

Dalam hantaran sama, Samsung memberitahu, selain Galaxy Z Fold2 5G, model telefon pintar lipat Galaxy Z Flip 5G turut ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

 

Galaxy Z Fold2 5G
Galaxy Z Fold2 5G.

 

Menurut laporan Soya Cincau, Z Flip 5G ditawarkan pada harga RM3,999.

 

Model kategori telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold2 5G dikeluarkan dalam dua paparan skrin yang berukuran 6.2 inci (skrin luar) dan 7.6 inci (skrin dalam).

 

Skrin berkenaan masing-masing dicipta dengan resolusi 2260×816 dan paparan Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan resolusi tinggi QXGA 2208×1768.

 

Ditampilkan dengan dua variasi warna berbeza iaitu Mystic Bronze dan Mystic Black, peranti berkenaan memiliki kemampuan pemprosesan CPU 3.09GHz, 2.4GHz dan 1.8GHz.

 

Lebih menarik, Z Fold2 5G dilengkapi dengan tiga kamera di bahagian belakang dengan resolusi 12.0 MP serta auto fokus.

 

Galaxy Z Flip 5G
Galaxy Z Flip 5G.

 

Bagaimanapun, kamera hadapan peranti berkenaan tampil dengan resolusi 10.0 MP dan tidak auto fokus.

 

Sementara itu, peranti Z Flip 5G pula tampil dengan tiga variasi warna iaitu Mirror Purple, Mirror Black dan Mirror Gold.

 

Galaxy Z Flip 5G
Galaxy Z Flip 5G.

 

Z Flip 5G dicipta dengan Hybrid SIM serta kemampuan penyimpanan atau storage sebanyak 256 GB.

 

Maklumat lebih lanjut berkaitan dua peranti berkenaan boleh diperoleh melalui pautan http://spr.ly/6184H0gRi (Galaxy Z Fold2 5G) dan  http://spr.ly/6187H0gRl (Galaxy Z Flip 5G). - DagangNews.com