Sarawak guna teknologi banteras pembalakan haram | DagangNews Skip to main content

Sarawak guna teknologi banteras pembalakan haram

Hutan Sarawak

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kerajaan negeri Sarawak meningkatkan kemudahan dan peralatan terkini kepada Jabatan Perhutanan Sarawak (SFD) dalam usaha membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penguatkuasaan SFD perlu dilengkapi dengan kemudahan terkini termasuk kenderaan bagi menghentikan ativiti haram berkenaan.

"Kerajaan negeri menggalakkan unit penguatkuasaan SFD untuk menggunakan teknologi bagi menggagalkan aktiviti pembakalan haram dan menangkap pesalah tersebut.

"Aktiviti pembalakan haram dapat memberi masalah kepada perniagaan untuk mendapatkan kayu balak yang sah selain pihak kerajaan turut kehilangan sumber semula jadi yang berharga," jelasnya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Terbaik (APC) SFD Wilayah Utara di Miri, seperti dilapor DayakDaily.com.

Awang Tengah Ali Hasan
Awang Tengah Ali Hasan

 

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri telah mewajibkan semua pemegang lesen kayu hutan untuk jangka panjang bagi mendapatkan Sijil Pengurusan Hutan (FMC) menjelang 2022.

Keputusan itu seiring dengan polisi baharu dalam pengurusan hutan negara bagi memastikan kelestarian hutan dan dan sumbernya.

"Saya berharap pihak SFD akan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan seperti kawalan udara dalam usaha memerangi aktiviti pembakalan haram.

"Kita mempunyai pesawat udara untuk tujuan itu dan kita mesti menggunakan kemudahan ini untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan," jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah SFD, Datuk Hamden Mohammad memaklumkan, terdapat 14 kawasan yang berkeluasan kira-kira 1.4 juta hektar Unit Pengurusan Hutan (FMU) di bawah inisiatif Sustainable Forest Management (SFM) hingga oktober 2020 telah menerima perakuan.

"Ini mencerminkan bahawa pengurusan hutan kami mematuhi dasar-dasar antarabangsa pengurusan hutan lestasi," jelasnya. - DagangNews.com