Sasaran harga saham Aeon Credit ditingkatkan kepada RM13.05 | DagangNews Skip to main content

Sasaran harga saham Aeon Credit ditingkatkan kepada RM13.05

Aeon Credit Service

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 April - Harga sasaran sesaham (TP)  syarikat penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank, Aeon Credit Service (M) Bhd. (Aeon Credit) disemak dan ditingkatkan kepada RM13.05.

 

Kenanga Research berkata, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding RM11.60 pada sebelumnya.

 

"TP kami naikkan kepada RM12.05 daripada RM11.60 berdasarkan kepada sasaran purata lima tahun PER yang lebih tinggi iaitu 12.1x berbanding 10.7x bagi mengurangkan risiko pandemik.

 

"Dengan mengekalkan saranan Market Perform (MP) terhadap saham Aeon Credit, kami juga tidak membuat perubahan dalam anggaran pendapatan bagi tahun kewangan 2022 (FY22)," jelas Kenanga Research dalam satu nota kajian hari ini.

 

Menyentuh berkaitan prestasi kewangan Aeon Credit bagi tahun kewangan 2021, Kenanga Research memberitahu, keputusan tersebut berada di bawah jangkaan pihaknya.

 

Bagi tempoh 12 bulan pertama bagi tahun kewangan 2021, Aeon Credit mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM224 juta yang menyumbang sekitar 93% atau 124% daripada anggaran Kenanga Research.

 

Margin keuntungan bersih turut meningkat secara berurutan pada suku keempat tahun kewangan 2021.

 

Syarikat berkenaan turut mengumumkan dividen sesaham (DPS) akhir sebanyak 20 sen sekali gus menjadikan jumlah DPS tahun 2021 kepada 29.2 sen.

 

Bagaimanapun, nisbah pembayaran 32% adalah hampir sama dengan nisbah yang diletakkan dalam tahun kewangan 2020 iaitu 31.5%.

 

Bagi penilaian tahunan, untung bersih syarikat berkenaan menurun 18% berbanding tahun sebelumnya.

 

Topline menyaksikan kemerosotan sebanyak -5% kepada RM1.35 bilion kerana pendapatan faedah bersih (NII) jatuh 3% kepada RM1.04 bilion.

 

Sementara itu, bagi perbandingan suku ke suku pula, Aeon Credit berjaya mencatatkan keputusan yang baik pada suku keempat 2021.

 

Prestasi keuntungan bersih suku berkenaan melonjak 156% kepada RM109 juta disebabkan oleh peningkatan dalam Topline (4%). - DagangNews.com