Sasaran harga sesaham Aeon Credit ditingkatkan kepada RM12.90 | DagangNews Skip to main content

Sasaran harga sesaham Aeon Credit ditingkatkan kepada RM12.90

Aeon Credit Service (M) Bhd. (ACSM)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Sasaran harga sesaham (TP) syarikat perkhidmatan kewangan, Aeon Credit Service (M) Bhd. (ACSM) disemak semula kepada harga yang lebih tinggi sebanyak RM12.90.

 

MIDF Research berkata, nilai tersebut ditingkatkan berbanding harga sebelumnya iaitu RM9.90.

 

"Keprihatinan kami buat masa ini adalah terhadap kualiti aset, namun kami yakin ia akan kekal stabil.

 

"Secara keseluruhannya kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan TP yang disemak semula sebanyak RM12.90 berbanding RM9.90 pada sebelumnya," jelas MIDF Research dalam nota kajiannya hari ini.

 

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021, Aeon Credit mencatatkan keuntungan bersih di bawah jangkaan MIDF pada 68.6%.

 

Pendapatan dalam tempoh tersebut susut -41.0% berbanding tahun sebelumnya kerana kerugian penurunan nilai yang meningkat 22.2% tahun ke tahun kepada RM443.3 juta.

 

Situasi tersebut terjadi akibat daripada kemerosotan yang lebih tinggi dalam akaun tunggakan dan tindihan pengurusan untuk menggambarkan situasi persekitaran semasa dalam tempoh pandemik COVID-19.

 

Tambah MIDF Research lagi, pendapatan syarikat berkenaan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021 menurun -2.5% berbanding tahun lalu disebabkan oleh kerugian pengubahsuaian Day-1 sebanyak RM28.4 juta berkaitan Bantuan Aeon Program dan jumlah pendapatan yuran yang rendah.

 

Bagaimanapun, pendapatan pada suku ketiga 2021 meningkat sebanyak 10.3% berbanding suku sebelumnya.

 

Peningkatan itu disumbangkan oleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding suku sebelumnya daripada segmen motosikal dan pembiayaan peribadi.

 

Dalam pada itu, MIDF Research turut membuat perubahan ramalam pendapatan syarikat berkenaan dengan anggaran ke bawah sebanyak -5% pada tahun kewangan 2021 (FY21). - DagangNews.com