SC Build lantik Ketua Istiadat Istana Kedah sebagai Pengarah | DagangNews Skip to main content

SC Build lantik Ketua Istiadat Istana Kedah sebagai Pengarah

 

 

KUALA LUMPUR 4 Jan - SC Estate Builder Bhd. (SCBuild) melantik Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah sebagai pengarah bukan eksekutif dan bebas kumpulan berkuat kuasa mulai hari ini. 

 

 

syed unan
Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah

 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, SC Build berkata, Syed Unan Mashri, 70, merupakan ketua istiadat sejak 2009 sehingga kini. 

 

"Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Zakat Kedah, Ahli Jawatankuasa Darjah & Bintang Kebesaran Negeri Kedah dan Timbalan Presiden Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah.

 

"Selain itu, beliau adalah Naib Presiden Kelab Kedah DiRaja dan Pemangku Pengerusi Yayasan Universiti Islam Sultan Abdul Halim (UniSHAMS) serta pemegang amanah pertubuhan kebajian Yayasan Sultanah Bahiyah di Alor Setar," katanya. 

 

Menurut kumpulan itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengelola Bijaya DiRaja/Ketua Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman mulai 2009 hingga 2018 serta beberapa jawatan lain antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. -DagangNews.com