ScaleUp Malaysia umum pelaburan dalam 11 syarikat pemula selepas program Kohort 3 | DagangNews Skip to main content

ScaleUp Malaysia umum pelaburan dalam 11 syarikat pemula selepas program Kohort 3

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mac - ScaleUp Malaysia dengan kerjasama Quest Ventures, Indelible Ventures dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (Mranti) megumumkan 11 syarikat pemula yang terpilih untuk menerima pelaburan selepas menyerai program Kohort ketiganya.

 

Syarikat yang dipilih oleh Quest Ventures untuk pelaburan bersama ialah GuruInnovatif, Open Academy, MadCash, SpareXHub, VireServe dan WaSushi manakala Indelible Ventures memilih untuk melabur di Howuku, Kumo dan Komposit MidWest.

 

Setiap syarikat akan menerima pelaburan sehingga AS$60,000 (RM250,000) bagi memastikan mereka dapat mengharungi cabaran perniagaan masa depan serta mengukuhkan kedudukan dalam pasaran dan seterusnya meneroka pasaran Asia Tenggara.

 

Rakan Pengurusan ScaleUp Malaysia, Xelia Tong mengucapkan tahniah kepada para usahawan yang terlibat dengan program itu dan memuji semangat yang ditunjukkan mereka.

 

"ScaleUp Malaysia Accelerator menyasar untuk memupuk kemajuan perniagaan melangkaui sempadan tradisional dan membina sebuah perniagaan yang mampu menggarkan pasaran semasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sebanyak 20 syarikat dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Singapura, Jepun dan Mesir terpilih menyertai Program Kohort 3 itu yang bermula pada Ogos 2021 selama 16 minggu.

 

Mereka diletakkan dalam trek program pembangunan berbeza dan diberikan akses kepada syarikatv Quest Ventures dan Indelible Ventures.

 

scale

 

ScaleUp Malaysia juga membuat pelaburan langsung kepada BizTech Asia dan RECQA, iaitu syarikat yang menyertai program Kohort 2 sebelum ini.

 

Rakan Niaga Quest Ventures, Jeffrey Seah berkata, pihaknya yakin bahawa MAlaysia memiliki beberapa usahawan terbaik yang berbakat dari segi inovasi dan kemampuan memahami kehendak pasaran.

 

"Kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaan enam syarikat baharu ini ke dalam portfolio kami dan akan bekerjasama untuk membawa perniagaan mereka ke peringkat global," katanya.

 

Dalam pada itu, Rakan Pengurusannya, Kevin Brockland berkata, tiga syarikat yang dipilih berjaya menunjukkan kemampuan luar biasa dan membangunkan produk dengan potensi untuk dipasarkan secara global.

 

"Kami berhasrat untuk menjadi juara dalam membangunkan potensi usahawan ini dan seterusnyamemainkan peranan penting dalam mengangkat mereka ke pengetahuan pelabur," katanya.

 

Sila lawat laman web https://midwestcomposites.com.my untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com