Scania serah NTG Euro V kepada Xin Hwa bagi wujudkan sistem logistik mampan | DagangNews Skip to main content

Scania serah NTG Euro V kepada Xin Hwa bagi wujudkan sistem logistik mampan

KUALA LUMPUR 19 Jan - Scania menyerahkan New Truck Generation (NTG) Euro V pertama di Malaysia kepada Xin Hwa Holdings Berhad sebagai usaha mewujudkan sistem logistik mampan untuk perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.

 

Pengarah Perkhidmatan Scania Asia Tenggara, Thor Brenden berkata, Scania NTG Euro V teknologi Pengurangan Pemangkin Berpilih (Selective Catalytic Reduction) di dalam enjinnya bagi mengurangkan pelepasan karbon dan mematuhi piawaian pelepas asap Kesatuan Eropah (EU).

 

Beliau berkata, enjin berkeaan juga menggunakan sistem Suntikan Tekanan Tinggi Tambahan (Extra High-Pressure Injection) bagi meningkatkan prestasi dan penjimatan bahan api.

 

“Scania New Truck Generation Euro V ini dikhususkan untuk Xin Hwa kerana ia mempunyai kuasa dan tork yang diperlukan oleh operasi mereka. 

 

"Xin Hwa juga akan menikmati pembiayaan fleksibel menerusi perkhidmatan kewangan kami iaitu Scania Credit Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pada majlis berkenaan, Brenden menyerahkan kunci Scania NTG Euro V kepada Pengarah Urusan Xin Hwa, Ng Aik Chuan dan disaksikan oleh Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr. Koachim Bergstrom.

 

lori

 

Scania NTG Euro V itu didatangkan dengan ruang pemanduan yang luas selain tempat duduk pemandu boleh laras selain rekaan papan pemuka yang lebih ergonomik.

 

lori

 

Ia mempunyai ruang yang baik untuk menyimpan dan memasang peralatan tambahan di dalam ruang pemandu selain turut dilengkapi dengan dua ruang tidur.

 

lori

 

Ciri keselamatan termasuk Electronic Braking System (EBS) untuk brek kecemasan responsif manakala retarder memberikan kuasa brek tambahan dan penggunaan kotak gear Opticruise memberikan Scania NTG Euro V bagi meningkatkan kecekapan bahan api.

 

lori

 

Xin Hwa merupakan sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan pengurusan dan menerusi anak syarikatnya, Xin Hwa Logistics and Transport Sdn. Bhd., ia menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang terlibat dalam pengangkutan darat, penyimpanan dan operasi pengedaran. - DagangNews.com