SCB AutoX, Silverlake Axis lancar pinjaman mikro perniagaan | DagangNews Skip to main content

SCB AutoX, Silverlake Axis lancar pinjaman mikro perniagaan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Dis - Syarikat tersenarai di Singapura, Silverlake Axis Ltd (SAL) mengumumkan persetujuan dengan Siam Commercial Bank (SCB) bagi menjana strategi inovatif SCB untuk membina usul baharu di luar bank tradisional.

 

Dibangunkan bersama platform MÖBIUS SAL, AutoX membolehkan usul berpusatkan pelanggan bagi ekosistem kewangan yang baru muncul dan tempat pasaran Asia Tenggara dan dunia.

 

Ngern Chaiyo, tajuk produk pinjaman AutoX, direka untuk merungkai tekanan kewangan terutama dalam kalangan kelompok rakyat Thailand yang tidak menerima layanan bank atau tidak diterima bank, teras penting di dalam visi AutoX.

 

Pinjaman mikro perniagaan AutoX membolehkan kelulusan pinjaman secara automatik hanya dalam tempoh beberapa minit dan akses mudah pelanggan menggunakan rangkaian ATM sedia ada SCB. 

 

Ngern Chaiyo memajukan perniagaan pinjaman hasil daripada pemahaman mendalam terhadap kesulitan dihadapi dalam kalangan penduduk tidak menerima dan tidak diterima bank, meluas besar keterangkuman kewangan dan memperkasa pengeluaran tunai bagi pelanggan bebas hutang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AutoX dan Presiden SCB, Khun Apiphan Charoenanusorn berkata, Thailand merupakan pasaran matang digital dan kompetitif yang mana bank harus secara berterusan mencari transformasi tercanggih untuk kekal di hadapan. 

 

Beliau berkata, yang membimbangkan, terdapat 36 juta individu di Thailand tidak mendapat akses kepada pinjaman yang ditawarkan menerusi institusi kewangan. 

 

 

silverlake
                                                  Soo Ching Choo

 

 

"Dengan Ngern Chaiyo, AutoX melepaskan titik kesulitan besar ini dengan penawaran pinjaman, menggunakan kefahaman kami terhadap keperluan pelanggan, memastikan akses yang besar dan mengekalkan perkhidmatan boleh diharap. 

 

"Menjelang akhir tahun ini, kami menganggarkan 80,000 pelanggan aktifi dan 10 bilion Thai Baht dalam pinjaman aktif, diperkasa oleh 1,200 cawangan dan  200,000 muat turun aplikasi di seluruh saluran digital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengarah Urusan Perniagaan Platform MÖBIUS Silverlake Axis, Soo Ching Choo pula berkata, AutoX adalah pemain utama di dalam pinjaman mikro di Thailand.

 

Beliau berkata, Silverlake Axis amat bertuah dipilih sebagai rakan kongsi bagi menyampaikan penawaran produk canggih dan inovatif pada tahap baharu kemudahan pelanggan. 

 

"Dengan Ngern Chaiyo, mereka telah mereka cipta rumusan pinjaman bagi menangani kesulitan besar yang dihadapi oleh penduduk Thailand yang tidak menerima dan tidak diterima bank," katanya. - DagangNews.com