SCIB alu-alukan kedatangan pelatih baharu ILPKS ikuti latihan fizikal | DagangNews Skip to main content

SCIB alu-alukan kedatangan pelatih baharu ILPKS ikuti latihan fizikal

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Jun - Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kumpulan baru pelatih dari Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS), Sarawak untuk mengikuti latihan fizikal sebagai sebahagian daripada program latihan industri tahun akhir mereka.

 

ILPKS telah ditubuhkan oleh Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999, untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir Malaysia dengan menyediakan latihan vokasional di peringkat pertengahan dengan pengkhususan dalam bidang teknologi tinggi dan selaras dengan keperluan pembangunan teknologi dalam sektor pembuatan.

 

Para pelatih telah diterima menyertai program tersebut sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara SCIB dan ILPKS pada Oktober 2020. 

 

MoU itu memberi peluang kepada pelajar industri untuk menjalani latihan, menawarkan tempat pengajar industri untuk latihan sangkutan industri, peluang pekerjaan kepada graduan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang berkelayakan dan menawarkan kursus jangka pendek kepada pekerja SCIB yang ingin meningkatkan kemahiran mereka.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata, pengurusan profesional mengenai modal insan adalah apa yang diusahakan dalam SCIB. 

 

Beliau berkata, generasi muda adalah masa depan mana-mana institusi malah negara dan itulah sebabnya mereka mesti memberi tumpuan kepada belia yang merupakan asas kepada masyarakat.

 

“Kami menyediakan mereka dengan platform untuk belajar dan berkembang, sekali gus memberi mereka pemahaman yang lebih baik tentang kraf dan industri mereka. 

 

 

scib
Rosland Othman

 

 

"Pekerjaan hendaklah diberikan kepada pelajar yang memiliki potensi besar. Kami juga percaya bahawa menyediakan peluang kepada pekerja kami untuk mengembangkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman mereka dengan kursus ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

scib

 

 

scib

 

 

scib

 

 

Selama bertahun-tahun, SCIB telah melatih kira-kira 179 pelatih dengan kemahiran khusus seperti kejuruteraan, perakaunan, pengurusan perniagaan dan pembinaan, sambil mengikuti persijilan, diploma dan ijazah mereka. 

 

Kemahiran itu membolehkan pelatih diambil bekerja dalam kerjaya pilihan mereka. Beberapa pelatih juga berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga SCIB. - DagangNews.com