Scoot perkenal laluan penerbangan baharu ke Subang bermula 1 September 2024 | DagangNews Skip to main content

Scoot perkenal laluan penerbangan baharu ke Subang bermula 1 September 2024

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Julai - Anak syarikat tambang rendah milik Singapore Airlines (SIA), Scoot memperkenalkan penerbangan harian baharu ke Subang bermula 1 September 2024.


Laluan penerbangan baharu itu merupakan alternatif kepada penumpang untuk perjalanan mudah antara Singapura dan Kuala Lumpur. 


Scoot akan mengendalikan penerbangan laluan Singapura - Subang menggunakan Airbus A320 miliknya sebanyak tujuh kali seminggu. 


Menurut kenyataan media, Scoot bekata, penambahbaikan rangkaian penerbangan itu akan meningkat ke 70 destinasi baharu di Malaysia.


Rangkaian itu termasuk Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Kuala Lumpur), Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang dan Sibu. 


Scoot akan mengendalikan sebanyak 110 penerbangan mingguan ke Malaysia menjelang bulan September. 


Sementara itu, penempahan tiket penerbangan masuk dan keluar Subang boleh dibeli di laman web rasmi Scoot, aplikasi mudah alih syarikat itu dan saluran-saluran lain. 


Tambang kelas bermula daripada S$83 bersamaan RM108, termasuk cukai. - DagangNews.com