SD Plantation kembali untung suku keempat | DagangNews Skip to main content

SD Plantation kembali untung suku keempat

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 


KUALA LUMPUR 18 Feb. -  Sime Darby Plantation Bhd. (SD Plantation) kembali mencatat keuntungan pada suku keempat berakhir 31 Disember 2020, dengan merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM149 juta. 

 

Pada tempoh sama tahun sebelumnya, SD Plantation mencatat kerugian bersih berjumlah RM58 juta. 

 

Perolehan bagi suku tersebut juga meningkat 8% tahun ke tahun kepada RM3.64 bilion berbanding RM3.38 bilion. 

 

Pengeluaran buah tandan segar (BTS) untuk suku keempat itu mencatat peningkatan 2% kepada 2.3 juta tan metrik berbanding 2.26 juta bagi tempoh sama 2019. 

 

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 pula, SD Plantation merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.2 bilion berbanding kerugian bersih RM200 juta bagi tahun sebelumnya. 

 

Kedua-dua segmen hiliran dan huluan kumpulan juga merekodkan pretasi tahunan yang lebih baik. 

 

Harga purata minyak sawit mentah bagi suku keempat 2020 meningkat 19% kepada RM2,664 daripada RM2,239 satu tan metrik, bagi tahun sebelumnya. 

 

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, Pengerusi SD Plantation, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, harga minyak sawit yang tinggi memberi rahmat kepada main industri setelah berdepan tahun paling mencabar dalam sejarah ekonomi global. - DagangNews.com