SEDA taja kelengkapan raya untuk anak Rumah Bakti Al-Kausar | DagangNews Skip to main content

SEDA taja kelengkapan raya untuk anak Rumah Bakti Al-Kausar

SERAMAI 30 anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar tersenyum lebar bersama pembelian mereka di Jakel Mall, Kuala Lumpur. - Gambar SEDA Malaysia

 

SHAH ALAM 2 Mei - Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia membeli-belah bersama Anak-anak Bakti Rumah Al-Kausar di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

 

Program Shopping Raya Anak-anak Bakti Al-Kausar itu merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh SEDA Malaysia yang dinamakan Tautan Kasih Ramadan SEDA Malaysia.

 

Program itu telah disertai 30 orang anak-anak dari rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Bandar Baru Bangi dimana mereka dapat memilih dua set baju raya sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia, Dato’ Hamzah Hussin menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang kurang bernasib baik, di samping menghidupkan semangat bersedekah di bulan Ramadan.

 

“Kami sangat berbesar hati dapat menganjurkan program CSR yang dapat memberi manfaat secara terus kepada penerima seperti program “Shopping Raya”.

 

seda
Hamzah Hussin bersama isterinya Datin Rozita Aminuddin membantu seorang daripada anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar memilih kain samping untuk dipakai bersama Baju Melayu yang telah dipilih.

 

"Kami akan terus menganjurkan program-program CSR yang dapat membantu pelbagai pelosok komuniti pada masa akan datang,” ujar Hamzah lagi.

 

Pengurus Rumah Bakti Al-Kausar, Airol Faraqee Abu Bakar melahirkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan oleh SEDA Malaysia kepada rumah tersebut. Sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu berkongsi keriangan kepada penghuni Rumah Bakti Al-Kausar pada Hari Raya ini. 

 

seda
Keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri dapat dirasakan oleh anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar semasa memilih baju raya mereka dengan bantuan Kakitangan SEDA.

 

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama memacu agenda kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di negara ini. - DagangNews.com