Sektor pembuatan Malaysia makin perlahan pada September | DagangNews Skip to main content

Sektor pembuatan Malaysia makin perlahan pada September

Sektor pembuatan

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan prestasi yang perlahan pada akhir suku ketiga tahun ini.

Menurut analisis industri dan pasaran utama dunia, IHS Markit berkata, trend pengeluaran mencatatkan kemerosotan selepas tidak berubah pada Ogos selain jumlah penerimaan pesanan pada tahap sederhana.

Situasi tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan syarikat yang mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah tenaga kerja pada tahap yang lebih rendah berbanding Ogos.

Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia mencatatkan 49.0 pada September dengan penurunan pecahan daripada 49.3 pada Ogos.

Jelas IHS Markit, sejarah perkaitan antara PMI dan data rasmi yang menunjukkan pembacaan terkini masih mewakili pertumbuhan kedua-dua KDNK dan pengeluaran pembuatan meskipun pada tahap yang lebih rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Jumlah pesanan baharu turut lemah pada September walaupun sudah berada pada tahap yang sederhana pada 2020.

Jumlah perniagaan baharu juga turut terkesan akibat pengurangan pesanan eksport baharu semasa tempoh wabak COVID-19 yang berterusan.

Baca: KLCI merosot 0.22% didorong penurunan sektor pengilangan

"Akibat jumlah pesanan baharu yang semakin perlahan, pengeluar bertindak mengurangkan output untuk pertama kalinya dalam empat bulan berdasarkan gambaran yang stabil pada Ogos.

"Bagaimanapun, keyakinan terhadap prospek pengeluaran meningkat selama 12 bulan pada September," jelas IHS Markit.

Sementara itu, Ketua Ekonomi IHS Markit, Chris Williamson berkata, beberapa penurunan dalam kadar pemulihan selalu terjadi setelah pemulihan awal daripada kejatuhan permintaan global semasa tempoh pandemik.

Jelasnya juga, susulan itu trend kemerosotan baharu dalam pengeluaran turut berlaku pada bulan September.

"Perbandingan sejarah menunjukkan bahawa tinjauan tetap selari dengan output pembuatan dan KDNK berkembang pada kadar tahunan melebihi 4%.

"Lebih-lebih lagi, trend buku pesanan menunjukkan tanda penurunan dan jangkaan output masa hadapan melonjak ke tahap tertinggi seperti yang dilihat pada tahun ini kerana banyak syarikat beranggapan akan berdepan dengan krisis terburuk," jelas beliau lagi. - DagangNews.com