Selangor mahu menggiatkan semula kapasiti pembuatan capai sasaran KDNK RM500 bilion – Amirudin Shari | DagangNews Skip to main content

Selangor mahu menggiatkan semula kapasiti pembuatan capai sasaran KDNK RM500 bilion – Amirudin Shari

KUALA LUMPUR 25 Julai - Selangor mahu menggiatkan semula kapasiti pembuatan bagi memenuhi keperluan tempatan dan pasaran Asia untuk mencapai sasaran RM500 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh dua hingga tiga tahun.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun sektor perkhidmatan dan pembuatan masing-masing memberi sumbangan pada 32.6% dan 26.7% dalam ekonomi Selangor.

 

Namun beliau menegaskan kerajaan negeri tidak boleh leka atau berpuas hati dengan keputusan terbaharu itu.

 

"Menurut pelbagai laporan berlandaskan pemulihan ekonomi dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan Asia yang kini membangun pesat akan berkembang sebanyak 4.3% pada 2024."

 

"Bank Dunia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan mengembang sebanyak 4.3% tahun ini dan 4.5% pada 2025.

 

Beliau menggesa sektor-sektor berkaitan agar terus bekerja keras bersama rakan kongsi seperti MITI dan MIDA, untuk menyahut cabaran dan mencapai matlamat RM500 bilion dalam dua atau tiga tahun akan datang. 

 

"Untuk merealisasikannya, kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada perkhidmatan, tetapi menggiatkan semula kapasiti pembuatan Selangor.

 

“Usaha ini bukan sahaja memenuhi keperluan tempatan malah bersaing di pasaran Asia Tenggara dan Asia," katanya dalam ucapannya di MIDA Invest Series hari ini.

 

nnjnj
Datuk Seri Amirudin Shari

 

Amirudin berkata komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia dalam meneroka perkongsian strategik bersama ekonomi BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) harus dilihat sebagai peluang kepada syarikat terutamanya di Selangor.

 

Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS memberi peluang lebih besar manakala Eropah berada di titik persimpangan dari segi sosial dan ekonomi.

 

Menurutnya, Selangor menyahut cabaran menjadi negeri pertama di Malaysia untuk memulakan pelan sosioekonomi jangka sederhana yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama.

 

Jelas beliau, pelan itu bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, meningkatkan daya tahan alam sekitar berdasarkan kemampanan, dan membina sistem kerajaan abad ke-21 yang mengutamakan penggunaan digital.

 

Amirudin membentangkan Kajian Separuh Penggal rancangan itu pada awal bulan ini, yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

 

"Selepas kelulusan sebulat suara pada Ogos 2022, pembentangan minggu lepas merupakan kemuncak usaha untuk mencapai dua perkara; pertama, untuk menyemak prestasi dan keupayaan kami melaksanakan beberapa rancangan besar dan kedua, untuk menjalankan kaliberasi semula bagi beberapa bidang tumpuan baharu selaras dengan keperluan komuniti perniagaan dan rakyat Selangor."

 

"Saya gembira untuk melaporkan bahawa sehingga akhir Jun 2024, 33.7% daripada projek dan inisiatif utama telah siap, manakala baki 66% lagi berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan seperti Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selatan Selangor (IDRISS), Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) atau pun Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu,” ulasnya.- DagangNews.com